Search This Blog

Monday, May 15, 2023

TERMA & SYARAT

    

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay kami. 

 

1.   Untuk menginap di Inap Pulai Sentosa anda perlu hubungi / whatsapp di talian 012-5559689 untuk membuat tempahan.

2.  Selepas anda membuat tempahan, sila jelaskan bayaran seperti yang dinyatakan oleh staff. Tempahan anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Polisi homestay kami adalah "First Pay, First Served". Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di Inap Pulai Sentosa ini. Dalam kes seumpama ini, jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka Invois anda akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa tersebut, kami akan memulangkan kesemua wang tempahan anda. 

3.Inap Pulai Sentosa hanya membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini anda perlu memberikan Kad Pengenalan / Passport kepada staff kami semasa anda membuat tempahan.

4.Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di homestay ini untuk satu rumah adalah 2 dewasa 2 kanak kanak sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut pihak kami hanya membenarkan 4 dewasa 2 kanak kanak sahaja. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak membenarkan rombongan tetamu yang ingin menginap melebihi jumlah tersebut kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah keselesaan dan masalah air.

5.Sila patuhi waktu masuk (check in) dan waktu keluar  (check out) yang telah ditetapkan. Check in awal atau check out lewat dari masa yang telah ditetapkan akan dikenakan bayaranJika check out lewat selepas pukul 3.00 petang, bayaran PENUH akan dikenakan.

6.Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.

7.Sekiranya tempahan dibatalkan 7 hari sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian. Tapi jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check in, bayaran sewa tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan  penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.

8.Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar. 

9. Semua suis elektrik hendaklah di tutup selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila  meninggalkan rumah.

10.Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

11. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.

12. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan. 

13. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.

14.Tidak dibenarkan membawa Binatang peliharaan.
15. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.

16.Caj tilam tambahan dikira mengikut bilangan malam anda menginap pada kadar 15 untuk 1 set tilam yang mengandungi 1 bantal, 1 selimut dan 1 tilam single. Wang tidak dikembalikan untuk tilam tambahan yang telah di tempah, tidak kira samada anda menggunakan atau tidak mengunakan tilam tersebut.

17.Barangan yang salah di sisi undang-undang  seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam homestay ini. 

18.Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di homestay ini. 

19.Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising  hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan homestay. 

20.Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak homestay akan mengenakan bayaran kepada anda sebagai penyewa.  Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus homestay.

21.Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman homestay minta mereka menghubungi pihak homestay sendiri.

22.Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke HomeStay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus homestay sahaja.

 

NOTIS

PIHAK PENGURUSAN INAP PULAI SENTOSA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI

No comments:

Post a Comment